TEMA HARI KEBANGSAAN 2021 DAN LOGO SAMBUTAN - Pusat Sumber SMK Dato' Mohd Taha

Saturday, August 14, 2021

TEMA HARI KEBANGSAAN 2021 DAN LOGO SAMBUTAN

   


 Tema dan Logo Sambutan Hari Kemerdekaan 2021. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum merayakan  Hari Kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Apakah tema pada tahun ini? Tema Hari Kemerdekaan dan hari Malaysia 2021 yang dipilih pada tahun ini  adalah Malaysia Prihatin iaitu tema yang sama pada tahun lepas dan dikekalkan untuk tahun iniseperti yang diumumkan oleh KKMM iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Datuk Saifuddin Abdullah pada 10 Julai 2021.

    Sebagai rujukan tema pada tahun 2019 iaitu Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih, tahun 2018 adalah Sayangi Malaysiaku manakala pada tahun 2017adalah Negaraku Sehati Sejiwa manakala pada tahun 2016  adalah Sehati Sejiwa. Hari Kebangsaan merupakan hari cuti umum bagi rakyat Malaysia. 31 Ogos 2021 jatuh pada hari Selasa manakala Hari Malaysia pada hari Khamis, 16 September  2021.




No comments: