PENGENALAN LITERASI MAKLUMAT
Apa itu maklumat?
Maklumat ditafsirkan sebagai proses menjadikan seseorang itu bermaklumat. Ia adalah proses penambahan pengalaman melalui pengalaman orang lain, bahan cetak. filem, peta. gambar, video dan sumber manusia.
Apa itu Kemahiran Maklumat?
Kemahiran Maklumat ialah kemahiran yang diperlukan untuk penggunaan maklumat secara berkesan. Untuk tujuan tersebut kita perlukan kemahiran membaca, mendengar, melihat, memerhati dan memperolehi maklumat. Kita perlu tahu kemahiran memilih, menilai, menganalisis dan menyampaikan maklumat secara cekao dan berkesan.
Kemahiran pengendalian maklumat merangkumi :
a) Kemahiran Perpustakaan
b)Kemahiran Belajar
c) Kemahiran Berkounikasi
d) Kemahiran Hidup
e) Kemahiran Teknologi
Langkah-langkah Kemahiran Bermaklumat:
a) Menentukan
b) Mencari
c) Menggunakan
d) Mencatat
e) Melapor
f) Menilai
Ringkasan Enam Langkah untuk murid
a) Menentukan : Apakah yang perlu saya ketahui?
Apakah yang sudah saya ketahui?
Apakah yang akan saya buat dengan maklumat yang didapati?
b) Mencari : Di manakah saya boleh mencari / mendapat maklumat?
Apakah alat yang perlu digunakan?
c) Mengguna : Apakah maklumat yang perlu saya ketahui?
d) Mencatat : Apakah bentuk penyampaian yang sesuai?
d) Melapor : Apakah bentuk penyampaian yang sesuai?
f)Menilai : Adakah saya puas hati dengan proses kerja yang saya jalankan?
Adakah saya berpuas hati dengan hasil kerja saya?
Konsep Literasi Maklumat boleh dibahagiakn kepada lima elemen utama dan perlu diberikan pendedahan iaitu:
1. Kemahiran maklumat / Perpustakaan
- Lokasi Bahan
- Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey
- Bahan-bahan Bercetak ( Jenis-jenis Buku)
-Bahan-bahan Bukan Bercetak ( Carta, Glob, CD, TV Pendidikan dsb)
2. Kemahiran berfikir Kritis dan Kreatif
- Penggunaan Lembaran Pengurusan Grafik
-Membanding beza
-Membuat Ramalan dsb
3. Kemahiran Belajar
- Membaca ( Membaca Cepat, bacaan luncuran, bacaan imbasan
- Teknik Mencatat Nota ( Peta Minda, Ilustrasi dan mandala ingatan)
4. Kemahiran Komunikasi / Menyampaikan Maklumat
- Verbal- mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh, menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan, esei, penyelidikan dsb
- Menyediakan 'citation' / nota kaki dan rujukan
5. Kemahiran ICT
- Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian , menghasilkan laman web, brosur dan risalah
- Menggunakan perisian-perisian multimedia
No comments: