AKTIVITI NILAM TAHUN 2018
SMK DATO' MOHD TAHA
1. Laluan Iqra'
Pelaksanaan Laluan Iqra' dilakukan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 hingga 7.20 pagi di Astaka, tapak perhimpunan. Setiap murid akan diberi keratan petikan BM atau BI dan 3 soalan yang akan dijawab oleh semua murid dalam buku latihan masing-masing.
2. Laluan bermaklumat
Laluan ini diadakan bagi memberi pengetahuan dan pemahaman kepada murid berkaitan maklumat yang memberi manfaat kepada semua murid.
3. Bulan Membaca
Beberapa aktiviti membaca dijalankan pada bulan Julai setiap tahun.
4. Projek Pukal
Kotak / bakul berisi buku yang dibekalkan oleh PSS akan dikendalikan oleh guru kelas.
5. Kuiz Bestari
Kuiz yang berkaitan mata pelajaran di sekolah.
6. Projek Banyak Membaca
Mempamerkan carta skor NILAM di tempat yang sesuai untuk menunjukkan jumlah bacaan murid. Ganjaran diberikan kepada pembaca terbanyak.
7. Pertandingan Pidato / Bahas
Pertandingan pidato / bahas dilakukan selepas waktu pdpc dan aktiviti ini dilakukan dengan kerjasama Panitia Bahasa.

No comments: